Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

TETAMU KEHORMAT

TERKINI

Tuesday, November 22, 2011

PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM


Islam telah mula bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah ;
  • Peranan Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13. Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan agama Islam.
  • Peranan Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka. Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan Islam berkembang subur di Melaka.
  • Peranan Sultan - Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan memeluk agama Islam.
  • Peranan Ulama - Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di surau dan madrasah.
  • Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.

Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam

  • Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
  • Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
  • Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
  • Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
  • Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
  • Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
  • Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.


Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam

  • Melalui perdagangan.
    • Ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka.
  • Melalui peranan tentera upahan.
    • Misalnya, tentera upahan dari Jawa yang memeluk agama Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air.
  • Melalui penaklukan
    • Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka.
  • Peranan pendakwah, ulama dan ahli agama (sufi)
    • Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimatan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan.
  • Melalui perkahwinan politik
    • Putera dan puteri Melaka dengan putera dan puteri kerajaan lain.
    • Contohnya, puteri Sultan Mansur Shah berkahwin dengan putera Raja Pasai.
  • Peranan pemerintah Melaka
    • Contohnya, menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta memberi galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

0 comments:

E-APLIKASI