Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

TETAMU KEHORMAT

TERKINI

Wednesday, November 23, 2011

PERLUASAN KUASA MELAKA

Di zaman kegemilangannya, Melaka telah berjaya memperluaskan empayarnya hingga ke Lingga, Jambi, Inderagiri, Kampar, Siak Rokan dan Aru di Sumatera. Manakala Pattani, Kedah, Kelantan, Beruas, Selangor, Terengganu Pahang dan Johor di Semenanjung Tanah Melayu. Perluasan kuasa ini dilakukan dengan beberapa cara. Antaranya ialah ;

Perluasan Kuasa Melalui Peperangan

  1. Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan kuasa pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.
  2. Bendahara Tun Perak adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan dasar perluasan kuasa kerajaan Melayu Melaka.
  3. Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan kuasa ini dengan melancarkan serangan ke atas wilayah lain.
  4. Antara kawasan yang ditakluki oleh Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat Semenanjung dari Perak hingga ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga, Kampar dan sebahagian besar Pantai Timur.


Perluasan Kuasa Melalui Campur Tangan

  1. Melaka juga memperluaskan kuasanya melalui cara campur tangan dalam persengketaan politik di negeri yang menjadi saingannya.
  2. Melaka telah campur tangan politik kerajaan Pasai iaitu dengan membantu Sultan Pasai iaitu Sultan Zainal Abidin apabila adiknya cuba merampas kuasanya.
  3. Melaka juga membantu Pasai untuk kali kedua apabila Pasai berperang dengan Aru dan Aru dapat dikalahkan.


Perluasan Kuasa Melalui Perkahwinan

  1. Melaka juga berjaya memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke wilayah-wilayah di sekitarnya dengan mengahwinkan putera-puterinya kepada putera-putera raja wilayah sasaran.
  2. Sebagai contoh, Sultan Melaka telah mengahwinkan puterinya dengan kerabat diraja Pahang dan Kampar untuk mengeratkan perhubungan di antara kedua-dua negara.
  3. Sultan Melaka juga telah mengahwini puteri raja yang kalah dalam peperangan iaitu Sultan Mahmud Shah telah mengahwini puteri Sultan kelantan setelah Kelantan dapat dikalahkan.


Perluasan Kuasa Melalui Kerelaan

  1. Terdapat juga negeri-negeri yang secara rela hati meminta perlindungan dan ingin mempertahankan Melaka.
  2. Negeri-negeri ini mahu berlindung di bawah kekuatan Kerajaan Melaka Antara negeri-negeri itu ialah Jambi, Lingga, Patani dan Kedah.
  3. Negeri-negeri ini dikehendaki membayar ufti dan memberi hadiah kepada Kerajaan Melaka.

Sumber : http://sejarahtingkatansatu.blogspot.com/2009/01/nota-bab-5-2.html

0 comments:

E-APLIKASI