Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

.

TETAMU KEHORMAT

TERKINI

Friday, September 30, 2011

PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK


Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Ini adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar Bertiga Puluh Dua.

KEISTIMEWAAN MELAKA


Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;

1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.

2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.

3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.

Thursday, September 29, 2011

Melaka Mendapat Nama


Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.


Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.






Pengasasan Melaka

PARAMESWARA


Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.
,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya.

Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.

Dari Muar, Parameswar telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.






Video Empayar Melaka










Wednesday, September 28, 2011

Latihan 1

Latihan Kajian Tempatan 1

Latihan 2

Latihan Kajian Tempatan 2

KUIZ 2 (Lengkapkan tempat kosong)

KUIZ ONLINE-1

Sunday, September 25, 2011

Kronologi Sejarah Melaka

KRONOLOGI 1400-1511

1400 - Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.


1403 - Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China- Melaka.


1409 - Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua negara.


1411 - Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.


1414 - Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah.


1424 - Anakanda Parameswara, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah.


1444 - Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim tetapi baginda telah dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.


1446 - Raja Kassim menaiki tahta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.


1447 - Serangan pertama Siam ke atas Melaka.


1456 - Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.


1458 - Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda.


1477 - Sultan Alauddin Riayat Shah menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.


1488 - Sultan Alauddin diracun mati dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah.


1498 - Tun Perak meninggal dunia.


1500 - Tun Mutahir menggantikan Tun Perak sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja.


1509 - Diego Lopez de Sequiera dari Angkatan diRaja Portugal tibadi Melaka. Mereka digelar `Benggali Putih'. Disebabkan oleh perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.


1510 - Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh. Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.


1511 - Alfonso d' Albuquerque berjaya menawan Kota Melyu Melaka pada 10 Ogos 1511 dan membina A Famosa.


Sumber: http://www.perpustam.gov.my/tyt_portal/tyt_portal/bm/sejarah/sejarah/kronologi.html

Saturday, September 24, 2011

Muat Turun HSP Kajian Tempatan


INFO BLOG






Blog “Tanya Cikgu” (Laman Kajian Tempatan Sekolah Rendah) ini dibangunkan untuk memenuhi tugasan Kursus Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013). Topik pengajaran yang dipilih dalam membangunkan blog ini adalah seperti berikut:

Mata Pelajaran : Kajian Tempatan
Tahun : Tahun 5
Topik : Kesultanan Melayu Melaka

Terdapat beberapa aplikasi yang diintegrasikan ke dalam blog ini antaranya ialah YouTube, Scribd, Proprofs, Prezi, Box, Weebly dan beberapa widget-widget yang lain untuk memperkemaskan blog ini. YouTube digunakan untuk mempersembahkan video-video yang berkaitan. Latihan-latihan objektif dan subjektif menggunakan Scribd. Untuk kuiz, saya memilih untuk menggunakan Proprofs. Pengajaran menggunakan slide dipersembahkan menggunakan Prezi dan Slideshare manakala untuk fungsi muat turun pula saya memilih untuk menggunakan Box dan Webbly.

Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua.

AZMON BIN AMAT KAMARI
D20102043224
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
E-APLIKASI