KRONOLOGI 1400-1511
1400 - Parameswara, putera raja dari Palembang setelah ditumpaskan oleh Majapahit telah menuju ke Temasik (nama asal Singapura) dan akhirnya membuka negeri Melaka.
1403 - Laksamana Yin Ching dalam misi perdagangannya telah singgah di Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan China- Melaka.
1409 - Laksamana Cheng Ho, ketua Armada perdagangan China dan para pembesar tiba di Melaka bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua negara.
1411 - Parameswara diiringi pembesar Melaka dengan ditemani oleh Laksamana Cheng Ho belayar ke China. Baginda diterima mengadap Maharaja Yung Lo.
1414 - Parameswara berkahwin dengan Puteri Pasai. Baginda memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Iskandar Shah.
1424 - Anakanda Parameswara, Sri Maharaja menaiki takhta dan menukar namanya menjadi Sultan Muhammad Shah.
1444 - Sultan Muhammad Shah diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim tetapi baginda telah dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran Sultan Abu Syahid.
1446 - Raja Kassim menaiki tahta dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
1447 - Serangan pertama Siam ke atas Melaka.
1456 - Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja. Beliau telah berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
1458 - Sultan Mansur Shah menaiki takhta. Maharaja China telah menghantar Laksamana Cheng Ho yang membawa Puteri Hang Li Po dan dikahwinkan dengan Baginda.
1477 - Sultan Alauddin Riayat Shah menaiki takhta pada umur 15 tahun. Baginda merupakan seorang yang tegas dalam melaksanakan tugasnya.
1488 - Sultan Alauddin diracun mati dan diganti oleh Sultan Mahmud Shah.
1498 - Tun Perak meninggal dunia.
1500 - Tun Mutahir menggantikan Tun Perak sebagai Bendahara bergelar Bendahara Seri Maharaja.
1509 - Diego Lopez de Sequiera dari Angkatan diRaja Portugal tibadi Melaka. Mereka digelar `Benggali Putih'. Disebabkan oleh perselisihan faham, angkatannya diserang oleh Melaka dan 20 anak kapalnya ditahan.
1510 - Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya mati dibunuh. Sultan Mahmud Shah memilih anaknya, Sultan Ahmad Shah menggantikan baginda sebagai Sultan sementara.
1511 - Alfonso d' Albuquerque berjaya menawan Kota Melyu Melaka pada 10 Ogos 1511 dan membina A Famosa.
Sumber: http://www.perpustam.gov.my/tyt_portal/tyt_portal/bm/sejarah/sejarah/kronologi.html
0 comments:
Post a Comment